Ahad, 30 Disember 2018

Maklumat asas tone wow

Maklumat Asas tentang Simkad ToneWoW

Standard Charge Rate
Calls
RM0.32/mins
SMS
RM0.15/SMS
MMS
RM0.25/MMS
Data
RM0.10/1MB

Topup dikedai menggunakan Topup DIGI dengan 16-nombor pin
*123*16-DigitPin#

TopUp RM10 atau RM20 atau RM100.
Jika anda topup dikedai atau di online banking nilai diatas, ia akan menjadi KREDIT didalam handphone anda. Jika anda buat call atau melayari internet, anda akan dikenakan charge seperti diatas. Ia dipanggil Pay-Per-Use (Bayar seperti yang digunakan). Yang ini agak mahal dan menghabiskan kredit anda dengan cepat.

Jadi untuk mengelakkan kredit anda habis cepat, jika anda topup, pastikan anda tahu semua pakej yang ditawarkan didalam simkad ToneWoW ini dan anda ambil pakej yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Barulah anda dapat menggunakan simkad ini dengan betul dan tidak membazir. 

Pilihan pakej data

Pakej Simkad ToneWoW untuk penjimatan anda.


Pakej30.
Jika anda topup dikedai atau di online banking terus sebanyak RM30 sekali, AUTOMATIK anda akan mendapat Pakej30. Pakej ini mengandungi:

* 5G data internet.
* 100 minit masa berbual sesama ToneWoW/Digi.
* 30 minit masa berbual kesemua rangkaian yang lain.
* 20 SMS (10 sms sesama ToneWoW/Digi dan 10 sms lagi kesemua rangkaian yang lain).
* Tamat tempoh selama 32 hari.

* KREDIT jadi kosong. Jangan pula bila lepas topup RM30, check baki kosong, anda terkejut, memang dia kosong, kerana secara automatik dia terus tukar menjadi pakej. Tapi handphone anda dah boleh buat call, layari internet dan sms semua tu.

Pakej50.
Jika anda topup dikedai atau di online banking terus sebanyak RM50 sekali, AUTOMATIK anda akan mendapat Pakej50. Pakej ini mengandungi:

* 15G data internet.
* 150 masa berbual minit kesemua rangkaian.
* Tapi pakej ni tiada SMS percuma yang diberikan, anda boleh guna wasap je lah kalau nak message orang lain.
* Tamat tempoh selama 50 hari.

* KREDIT jadi kosong. Jangan pula bila lepas topup RM50, check baki kosong, anda terkejut, kata simkad ToneWoW cekik darah makan kredit. Memang dia kosong, kerana secara automatik dia terus tukar menjadi pakej. Tapi handphone anda dah boleh buat call dan layari internet, kerana anda sudah ada 15G dari pakej ini.

Pakej 30 Voice
Pakej 30 Voice sahaja. Ia dipanggil pakej TWV30.
Jika anda langgan pakej ini, anda akan perolehi:

* 500 minit sesama ToneWoW/Digi.
* 50 minit kesemua rangkaian yang lain.
* Tamat tempoh 32 hari.
* Data internet TIADA.
* Pakej ini dikhaskan untuk sesiapa yang nak guna simkad hanya untuk menalipon sahaja, dan mereka tidak menggunakan internet.

Cara untuk melanggan pakej TMV30.
* Kredit anda perlu ada lebih daripada RM30. Jadi kalau kredit handphone anda tak cukup lagi nilai tersebut, anda kena topup dahulu. Tapi ingat bila anda topup, jangan topup terus RM30 atau RM50, nanti dia AUTOMATIK terus tukar kepada Pakej30 atau Pakej50, kredit anda tidak akan bertambah. Nanti anda tak boleh langgan TMV30 kerana masih tak cukup kredit.

* Jadi saya cadangkan anda topup RM20 sebanyak 2 kali, maka kredit anda akan jadi RM40 (Nanti selepas melanggan kredit ada lagi baki RM10). Atau anda topup RM10 sebanyak 3 kali, maka kredit anda akan jadi RM30. Selepas kredit dah mencukupi, barulah anda langgan pakej ini.

* Caranya anda Dail *128#
* Pilih no. 1 TONE WOW Plan
* Plilih no. 1 Internet, Voice dan SMS Plan
* Pilih no. 3 TWV30
* Pilih no. 1 Subscribe.

Pakej 50 Data.
Pakej 50 Data Internet sahaja. Ia dipanggil pakej TWD50.
Jika anda langgan pakej ini, anda akan perolehi:

* 20G data internet.
* Tamat tempoh 32 hari.
* Tiada masa berbual.(Voice)
* Pakej ini dikhaskan untuk sesiapa yang suka berinternet sahaja.

Cara untuk melanggan pakej TWI50.
* Kredit anda perlu ada lebih daripada RM50. Jadi kalau kredit handphone anda tak cukup lagi nilai tersebut, anda kena topup dahulu. Tapi ingat bila anda topup, jangan topup terus RM30 atau RM50, nanti dia AUTOMATIK terus tukar kepada Pakej30 atau Pakej50, kredit anda tidak akan bertambah. Nanti anda tak boleh langgan TWI50 kerana masih tak cukup kredit.

* Jadi saya cadangkan anda topup RM20 sebanyak 3 kali, maka kredit anda akan jadi RM60 (Nanti selepas melanggan, kredit anda masih ada lagi baki sebanyak RM10). Atau anda topup RM100, nanti selepas melanggan, kredit anda masih ada lagi baki sebanyak RM50. Selepas kredit dah mencukupi, barulah anda langgan pakej ini.

* Caranya anda Dail *128#
* Pilih no. 1 TONE WOW Plan
* Plilih no. 2 Data Plan
* Pilih no. 1 TWD50
* Pilih no. 1 Subscribe.

Pakej 60
Pakej 60 semua ada. Ia dipanggil pakej TWS60.
Jika anda langgan pakej ini, anda akan perolehi:

* 15G data internet.
* 150 minit masa berbual kesemua rangkaian yang lain.
* 60 minit masa berbual sesama ToneWoW/Digi.
* Tamat tempoh 32 hari.
* Pakej ini dikhaskan untuk sesiapa yang suka berinternet dan juga sering buat call.

Cara untuk melanggan pakej TWS60.
* Kredit anda perlu ada lebih daripada RM60. Jadi kalau kredit handphone anda tak cukup lagi nilai tersebut, anda kena topup dahulu. Kat kedai mana ada jual topup RM60 sekali. Jadi ingat bila anda topup, jangan topup terus RM30 atau RM50, nanti dia AUTOMATIK terus tukar kepada Pakej30 atau Pakej50, kredit anda tidak akan bertambah. Nanti anda tak boleh langgan TWS60 kerana masih tak cukup kredit.

* Jadi saya cadangkan anda topup RM20 sebanyak 3 kali, maka kredit anda akan jadi RM60. Atau anda topup RM100, nanti selepas melanggan, kredit anda masih lagi ada baki sebanyak RM40. Selepas kredit dah mencukupi, barulah anda langgan pakej ini.

* Caranya anda Dail *128#
* Pilih no. 1 TONE WOW Plan
* Plilih no. 1 Internet, Voice and SMS Plan
* Pilih no. 2 TWS60
* Pilih no. 1 Subscribe.

Pakej 30 Kredit 
Pakej 30 semua ada. Ia dipanggil pakej TWS30.
Jika anda langgan pakej ini, anda akan perolehi:

* 5G data internet.
* 100 minit masa berbual sesama ToneWoW/Digi.
* 30 minit masa berbual kesemua rangkaian yang lain.
* 20 SMS (10 sms sesama ToneWoW/Digi dan 10 sms lagi kesemua rangkaian yang lain).
* Tamat tempoh 32 hari.

* Pakej ini dikhaskan untuk yang dah ada kredit lebih daripada RM30 dalam handphone mereka. Kalau topup kat kedai RM30, kan terus dapat Pakej30 secara AUTOMATIK. Pakej dia sama saja. Tapi kalau dah kredit ada dalam handphone banyak, lebih daripada RM30 lah katakan, handphone pulak dah tak boleh layari intenet kerana habis data, jadi buat apa kita nak topup lagi, kita langgan sahaja Pakej 30 Kredit ini menggunakan kredit yang ada.

Cara untuk melanggan pakej TWS30.
* Caranya anda Dail *128#
* Pilih no. 1 TONE WOW Plan
* Plilih no. 1 Internet, Voice and SMS Plan
* Pilih no. 1 TWS30
* Pilih no. 1 Subscribe.

Cara semak kredit / data


Cara untuk check apa2 yang ada didalam simkad anda:


Check kredit (Kod Dail)
*126#

Check Baki Data (Kod Dail)
*128*1*3# 

Soalan lazim

Soalan yang sering ditanya oleh pengguna:

Soalan: Boleh ke saya nak share kredit sesama pengguna ToneWoW? Jawapan: Pengguna ToneWoW tidak boleh share kredit dengan orang lain.

Soalan: Jika saya topup RM30 saya akan dapat 5G data, 130 minit masa berbual dan 20 sms selama 30 hari. Soalan saya jika selepas 30 hari, data saya masih ada baki lagi, adakah ia akan burn begitu sahaja?Jawapan: Ya, ia akan burn begitu sahaja, tetapi jika anda topup lagi sebelum 30 hari tersebut, segala baki yang ada akan di carry-forwad mengikut tarikh tamat tempoh yang baru.

Soalan: Semalam saya topup RM10, tak sampai sejam, kredit saya habis kena telan, macamana nak buat?Jawapan: Bila nak topup sedemikian, pastikan anda off dahulu Internet Connection di talifon anda. Dan on apabila nak guna sahaja.

Soalan: Saya menggunakan iphone, saya dapati terlalu banyak pop-up masuk kedalam hp saya, apa perlu saya lakukan?Jawapan: Tutup imessage dan tutup face-time. Restart handphone dan cancel popup yang pertama keluar.

Soalan: Line digi kat telefon saya tak berapa kuat, mungkin salah setting, ada tak cara untuk setting telefon android saya yang tepat untuk digi sahaja?Jawapan: Ada. Klik disini untuk lihat setting digi untuk handphone android seperti samsung, viva, huawei dll.

Soalan: Saya dikenakan caj utk setiap kali call yg tidak dijawab dan akan disambut oleh sistem peti suara. Macamana nak tutup peti suara ini ya?Jawapan: Untuk TUTUP PETI SUARA SAHAJA, sila dail:
*128*3*4*3#
Reply 99
Reply 5
Reply 1 (confirm)
Tunggu sms bagitahu voicemail dah deactivate