Ahad, 30 Disember 2018

Soalan lazim

Soalan yang sering ditanya oleh pengguna:

Soalan: Boleh ke saya nak share kredit sesama pengguna ToneWoW? Jawapan: Pengguna ToneWoW tidak boleh share kredit dengan orang lain.

Soalan: Jika saya topup RM30 saya akan dapat 5G data, 130 minit masa berbual dan 20 sms selama 30 hari. Soalan saya jika selepas 30 hari, data saya masih ada baki lagi, adakah ia akan burn begitu sahaja?Jawapan: Ya, ia akan burn begitu sahaja, tetapi jika anda topup lagi sebelum 30 hari tersebut, segala baki yang ada akan di carry-forwad mengikut tarikh tamat tempoh yang baru.

Soalan: Semalam saya topup RM10, tak sampai sejam, kredit saya habis kena telan, macamana nak buat?Jawapan: Bila nak topup sedemikian, pastikan anda off dahulu Internet Connection di talifon anda. Dan on apabila nak guna sahaja.

Soalan: Saya menggunakan iphone, saya dapati terlalu banyak pop-up masuk kedalam hp saya, apa perlu saya lakukan?Jawapan: Tutup imessage dan tutup face-time. Restart handphone dan cancel popup yang pertama keluar.

Soalan: Line digi kat telefon saya tak berapa kuat, mungkin salah setting, ada tak cara untuk setting telefon android saya yang tepat untuk digi sahaja?Jawapan: Ada. Klik disini untuk lihat setting digi untuk handphone android seperti samsung, viva, huawei dll.

Soalan: Saya dikenakan caj utk setiap kali call yg tidak dijawab dan akan disambut oleh sistem peti suara. Macamana nak tutup peti suara ini ya?Jawapan: Untuk TUTUP PETI SUARA SAHAJA, sila dail:
*128*3*4*3#
Reply 99
Reply 5
Reply 1 (confirm)
Tunggu sms bagitahu voicemail dah deactivate 

1 ulasan: