7 Cara Untuk Tingkatkan “POWER”
Copywriting Anda (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)
7 Cara untuk Tingkatkan “POWER”
Copywriting Anda (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)
Penting ke copywriting ni?
Untuk jawab soalan ni, saya kena terangkan satu perkara ni.
Bila anda buat iklan FB
Ads, anda bermain dengan 2 perkara ni:
1.
Teknikal FB Ads
2.
Psikologi
3.
(Nota: Terima kasih kepada
Ketua Copywriter Team FAMES, Tuan Faris Osman. Saya belajar perkara ni dari
beliau)
Kita kuasai aspek teknikal FB Ads sebab nak pastikan iklan kita
boleh disasarkan pada golongan yang betul.
Tapi, kita kena tau, walaupun iklan yang disasarkan tu kena pada
golongan yang tepat, ianya masih tak menjamin iklan tu berkesan.
Sebab, apa yang penting adalah, aspek psikologi iklan tu sendiri,
iaitu ayat iklan yang digunakan.
Tanpa ayat iklan yang menarik, prospek tak akan ada perasaan
teruja untuk dapatkan produk/servis yang anda tawarkan.
Jadi, penting ke tak copywriting ni?
Ya!
Sangat penting!
Okay, kita masuk ke point sebenar.
#1
– Masukkan Track Record
“Track Record”?
Apa tu?
Maksud “Track Record” adalah, apa yang telah dicapai oleh
produk/servis anda.
Ada tak apa-apa kejayaan yang produk anda dah capai?
Anda boleh nyatakan dalam copywriting berapa unit telah terjual.
Tapi, ni
tak cukup “power”.
Copywriting anda akan jadi lebih berpengaruh kalau anda cerita
berapa orang telah berjaya dapat “Positive Result”” lepas guna produk anda.
Contoh, kalau
anda jual ubat gemuk.
Anda boleh nyatakan berapa orang dah berjaya gemuk lepas guna
produk anda.
“1,426 orang telah berjaya
kurus dengan amalkan Qu Gendut.”
Hey, ini hanya sekadar contoh, jangan ambil serius ya. 😉
Kalau nak masukkan track record dalam copywriting, pastikan anda
guna angka yang tepat.
Contoh:
1,426 (jangan
tulis 1,000)
Kalau anda tak pasti angka yang tepat. anda boleh follow ayat ni:
“Lebih dari 1,426 orang telah
berjaya bla bla bla dengan produk X”
#2 – Gunakan Elemen
Autoriti
Autoriti ni adalah elemen
yang akan menguatkan kepercayaan prospek kepada produk anda.
Ada tak pakar yang iktiraf produk anda?
Atau, ada tak kajian dari saintis/pengkaji yang mengesahkan bahan
yang ada dalam produk anda tu, boleh bantu prospek anda untuk capai impian
mereka.
Kalau ada, anda boleh masukkan dalam copywriting.
Tapi, kalau tak ada, jangan pula reka-reka ya?
Masih ada
11 lagi cara yang anda boleh follow, teruskan baca.
#3 – Tonjolkan Kredibiliti
Macam mana nak tonjolkan kredibiliti produk anda?
Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan anda.
Selain tu, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai
ayat iklan.
Kalau nak gunakan teknik ni, anda boleh cuba interview pelanggan
yang pernah repeat order lebih dari 3 kali.
Cuba korek kisah pelanggan tu.
Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:
1.
Apa yang terjadi dalam hidup dia?
2.
Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?
3.
Macam mana dia jumpa produk anda?
4.
Apa perubahan yang ketara berlaku dalam hidup pelanggan lepas
amalkan produk anda?
Catit setiap point penting yang keluar dari mulut pelanggan setia
anda tu.
#4 – Pastikan Headline
Menarik Minat Prospek
“7 dari 10 iklan gagal sebab
headline tak cukup menarik”
Pernah tak dengar kenyataan ni?
Ya, headline memainkan peranan yang besar dalam menentukan
keberkesanan iklan anda.
Headline menarik ni, tak semestinya kena panjang dan guna
perkataan power-power.
Saya pernah cuba headline pendek untuk iklan produk ubat
gatal-gatal.
Ini headline yang saya guna:
“GATAL-GATAL CELAH KANGKANG”
Ya, hanya 3 perkataan je.
Apa yang penting, headline tu boleh tarik perhatian prospek yang
kita sasarkan.
Kalau tengok headline yang saya guna tu, agak-agak orang yang ada
masalah gatal-gatal celah kangkang akan baca tak iklan tu?
Mulai hari ni, ubah mindset anda.
Kebanyakan masanya, tak
perlu pun fikir terlalu “complicated”.
Kadang-kadang yang simple tu la yang power.
#5 – Cadangkan Masa Yang
Sesuai Untuk Guna Produk Anda
Okay, tips #5 ni paling
sesuai untuk iklan fesyen dan makanan.
Kalau anda jual jubah, cuba masukkan dalam copywriting, bila jubah
tu sesuai dipakai?
Mungkin anda boleh cuba buat iklan yang target kepada perempuan
yang nak jadi bridesmaid wedding BFF dia.
Dalam copywriting, anda boleh cerita yang jubah tu sesuai untuk
bridesmaid dan berikan sebab kenapa ianya sesuai.
Kalau anda jual snek makanan ringan, boleh juga bagi cadangan bila
snek tu sesuai dimakan.
Tak semestinya cerita dalam copywriting, anda juga boleh gunakan
gambar.
Contoh, gambar model makan snek anda masa tengah tengok wayang.
#6 – Peratusan VS Orang
Okay, tips #6 ni anda boleh gabungkan dengan tips #1.
Saya pernah juga guna teknik ni.
Berapa peratus pelanggan anda yang berjaya capai impian mereka
lepas guna produk anda.
Katakan, dalam 100 orang yang beli ubat gemuk anda, 80 orang
berjaya gemuk.
Anda boleh masukkan statistic ni dalam copywriting.
Tapi, jangan guna ‘peratusan’, tapi gunakan “ORANG”.
Tak faham?
Ini contohnya:
“8 dari 10 orang yang amalkan
Qu Gemuk berjaya gemuk dalam masa 3 bulan.
Gunakan ‘8 dari 10
orang’, bukan ‘80%’.
Kenapa?
Sebab ianya akan
mewujudkan visual yang jelas dalam kepala prospek yang
baca iklan tu.
80% ni susah otak nak bayangkan, tapi kalau tulis ‘8 dari 10’
orang’ otak akan mudah bayangkan.
Prospek yang baca tu akan fikir macam ni:
“Eh… senangnya nak gemuk. Aku
rasa aku pun boleh jadi salah seorang dari 8 orang tu”
Kalau perasan, iklan kempen kesihatan dari KKM suka guna teknik
ni.
“2 dari 5 rakyat Malaysia ada sakit bla bla bla…”.
#7 – Split Test Offer
Biasanya, ramai yang buat split test audience.
Tapi, secara peribadi, saya
berpendapat apa yang lebih penting untuk kita split test adalah offer.
Sebab, offer ni yang akan
menentukan samada prospek rasa teruja atau tak nak
buat pembelian.
Jadi, pastikan anda sentiasa ada offer yang menarik untuk
dimasukkan dalam iklan.
Kalau anda tak tau offer apa yang meleleh, anda boleh cuba
brainstorm 2-3 offer.
Kemudian, buat 3 variasi iklan dengan offer yang berbeza.
Letak bajet RM30 pada setiap iklan dan buat ‘Split Test’ selama 3
hari.
Lepas tu, kaji semula, offer apa yang berjaya dapatkan banyak
leas?
Offer mana satu yang berjaya naikkan closing rate?
Inilah
7 Cara Untuk Powerkan Lagi Copywriting Anda
Sebenarnya, ada 13 rahsia yang simpan.
Tapi, penulis
hanya dedahkan 7 jer dulu buat masa ni. Yang lain beliau hanya share kepada peserta kelas online Copy Master 2.0.
Tapi, jangan risau!
Kalau anda amalkan betul-betul 7 cara ni pun, anda boleh buat
iklan yang memukau dah.
Dan satu perkara lagi yang anda kena tau, 7 cara ni tak akan
mengubah nasib bisnes anda kalau anda tak amalkan.
Lepas dah berusaha, berdoa dan bertawakallah.
Kerja kita hanya berusaha, yang lain semua kerja tuhan.
Rujukan: https://firdausazizi.my/7-cara-tingkatkan-power-copywriting/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan