Untuk sukses pada masa depan, berani bayar harga. Sanggup bayar harga seawal mungkin untuk bersenang-senang kemudian. Ini video yang gabus dari Candra Putra Negara.
https://youtu.be/TJ_tpblRgpc
Jika link tidak boleh dibuka, guna cara lain iaitu copy link di atas dan paste di youtube. Selamat menyaksikan.
https://www.youtube.com/watch?v=TJ_tpblRgpc&t=2s
Selasa, 26 Februari 2019
Rabu, 13 Februari 2019
Realiti Makan Gaji
Makan Gaji??
Setiap
tahun pra graduan bersorak kegembiraan taktala selesai sahaja menamatkan
pengajian mereka di universiti masing-masing.Memakai jubah konvokesyen dan
menerima segulung ijazah berdiri dan lalu di atas pentas yang tidak sampai 5
minit.Perasaan itu terukir di balik setiap senyuman beserta tangis kegembiraan
bersama orang tua mereka setelah selesai upacara konvokesyen tersebut. Semua
menyatakan mereka sudah merdeka! Iyah merdeka daripada segala tugasan-tugasan,
merdeka daripada peperiksaan-peperiksaan yang kejam yang mana telah membuat
mereka hampir separuh mati untuk menghadapinya.
Namun ada sesuatu yang mereka tidak sedar. Ada lagi benda yang paling kejam
berbanding dengan apa yang pernah mereka lalui semasa di dunia universiti.
Dunia luar! iyah benar dunia realiti, itulah sesetengah orang menggunakan
istilah "reality bite". Pengakhiran kepada suatu permulaan. Berakhir
di peringkat universiti merupakan permulaan kepada suatu penghidupan realiti
yang baru.
Sementara mereka baru sahaja melangkah keluar daripada kandang kucing dan
melangkah masuk ke dalam hutan yang di penuhi segala macam jenis binatang
seperti ular,harimau,buaya ,yang berbisa dan beracun dan segala macam lagi yang
aneh-aneh di dalam hutan.
Itulah gambaran seorang graduan yang baru sahaja selesai menamatkan
pengajian mereka.
Menurut satu survey yang di buat di tokyo, graduan yang baru sahaja menamatkan
pengajian mereka dengan jayanya menghadapi satu masalah stress yang sangat
serius berbanding semasa mereka duduk di meja peperiksaan akhir mereka semasa
di universiti.
Kenapa mereka STRESS!? kerana mereka tidak mendapat pekerjaan.
Semakin hari semakin banyak graduan yang dilahirkan, dan bersaing untuk
mendapatkan pekerjaan. Namun dalam 10000 orang yang telah tamat pengajian hanya
ada 100 kekosongan jawatan yang perlu diisi. Bayangkan ? Kemana yang lain harus
pergi?? 9900 orang masih mencari-cari pekerjaan dan bersaing sesama sendiri
untuk mendapatkan tempat. Sehingga ada yang terdesak untuk bekerja apa sahaja ,
rela di bayar dengan gaji yang rendah tidak setimpal dengan segulung ijazah
yang mereka miliki. Mengapa? tiada pilihan ? kena teruskan hidup tiada kerja
tiada wang ..tiada wang tiada makan?? kerja hingga lewat malam mengharapkan OT
, kesihatan pula semakin menurun nah inilah yang dikatakan kejam. Kejam kerana
sanggup membiarkan diri untuk menjadi hamba kepada beban kerja.
Berbalik kepada kisah kehidupan para pekerja di Jepun. " Setiap hari hidup
dalam kegelisahan dan mengerikan " kata Ikezaki,seorang graduan yang
bekerja dengan gaji ¥75.000/bulan " Ketika saya memikirkan tentang
masa depan saya , saya tidak boleh tidur pada waktu malam " ujar beliau.
Hal ini kerana kebanyakan syarikat-syarikat di Jepun lebih mementingkan
keuntungan dan mengeksploit tenaga para graduan-graduan yang baru tamat
pengajian mereka di universiti.
Maka terciptalah "SALARY MAN" orang yang hidup yang hanya
bergantung kepada gaji setiap hujung bulan semata-mata. Salary = Gaji , Man =
Orang . atau lebih dikenal sebagai Orang Makan Gaji. Kerja separuh mati, tanpa
kepastian tentang masa depan mereka dan berdoa setiap hari agar tidak di buang
kerja.
Kerana STRESS inilah tercipta satu istilah baru yang dipanggil sebagai KAROSHI
. Apa itu KAROSHI ?
Bermakna mati di tempat kerja, atau kematian stress di tempat kerja. Dari saat
mula hingga akhir hayat di tempat kerja. Kematian yang diakibatkan daripada
terlalu stress di tempat kerja.Tahap kesihatan menurun kerana terlalu obses
dengan kerja dan akhirnya mati sakit kerana terlalu bekerja.
Jika difikirkan secara logik, memang agak menyedihkan tetapi itulah
hakikatnya.Itulah kejadian yang berlaku
kerana mengabdikan diri dengan kerja.
Kerana terlalu seriusnya permasalahan ini pemerintah Jepun telah melakukan
bermacam-macam cara untuk mengatasi masalah ini. Mengadakan satu nombor telefon
khas untuk menerima panggilan daripada para pekerja-pekerja ini untuk satu
medium bagi mereka meluahkan perasaan mereka. Buku untuk menangani stress di
tempat kerja, tidak kurang juga meminda satu polisi untuk membayar sejumlah
wang pampasan kepada janda/anak-anak yang ditinggalkan akibat mati kerana
karoshi ini.
Menurut satu data daripada pemerintah Jepun 2.207 kes bunuh diri pada tahun
2007 , 672 daripadanya adalah kerana beban kerja yang terlalu banyak.Kes
Karisho yang terkenal adalah Kenichi Uchino ,pada tahun 2002 seorang manager
Quality Control yang berusia 30 tahun bekerja dengan salah satu syarikat
permotoran yang terkenal Toyota.
Dikhabarkan beliau telah bekerja selama 80 jam selama 6 bulan berturut-turut
tanpa gaji lebih masa dan tidak di bayar bonus , Akhirnya pengsan di tempat
kerja. Dikejarkan ke hospital dan mati di hospital sejurus kemudian.
Pada awalnya niat salary man itu adalah baik , membantu untuk memajukan lagi
perniagaan bos mereka. Bekerja lebih masa tanpa berkompromi dengan bos
mengharapkan suatu hari nanti mereka akan mendapat kenaikan pangkat, tetapi
pada hakikatnya itu adalah suatu yang tidak mungkin akan terjadi.
Disini ditunjuk 1 jadual bagi "SALARY MAN"
06:30 = Bangun dari tidur
07:30 = Berangkat ke tempat kerja ( berjalan kaki/menaiki kereta/motor/subway)
08:50 = Sekurang-kurangnya sudah tiba di pejabat
09:00 = Morning Briefing dengan supervisor/exec/manager
09:10 = Mulai kerja
12:00 = Makan tengahari
13:00 = Sambung kerja
17:00 = Kerja lebih masa
20:30 = Keluar bersama bos jika ada
21:30 = Pulang ke rumah ( berjalan kaki/menaiki kereta/motor/subway)
22:30 = Sampai rumah, tengok tv,
23:00 = Tidur
Ulang dari Isnin hingga Jumaat. Kalau hari sabtu mungkin setengah hari, hujung
minggu cuti jika ada yang bercuti pada hujung minggu.
Peraturan di pejabat.
1.Kalau bos cakap bumi berbentuk kotak, maka bentuk kotak lah ia,
2.Kalau dia berubah fikiran maka bumi berubah bentuk
3.Bos adalah raja
4.Pekerja baru akan cakap Bos adalah tuhan
5.Mesti hormat , hormat dan hormat dengan bos
Bekerja dengan ada orang di atas kita memang suatu yang tidak menyeronokkan
lebih-lebih lagi apabila semua keputusan yang dibuat adalah dari orang atasan ,
orang bawahan hanya menurut sahaja. Itulah realiti sebenar di dunia luar yang
penuh dengan dugaannya.
p/s: sampai bila mau makan gaji? tak kan mahu tunggu sampai umur 50 tahun baru
fikir nak buat bisnes? kenapa tak dari awal fikir macam itu kan itu lebih
baik..renung-renungkanlah. Kenapa nak cari bos..kenapa tak jadi bos ? Sebab
mentaliti orang kita mereka nak benda yang senang..kerja habis bulan dapat gaji
lebih senang di buat.
Isnin, 11 Februari 2019
Pendapatan pasif Saari Amri, Edry KRU dan M Nasir
Siapa yang paling kaya dalam industri muzik tempatan?
Penggubah lagu Edry Abdul Halim, penulis lirik Habsah Hassan dan
penerbit Datuk M Nasir menerima pendapatan terbanyak dalam Badan Pelindung Hak
Cipta Karyawan Muzik (MACP).
Edry, anggota kumpulan adik-beradik KRU, yang menerima
pengiktirafan tersebut buat kali kedua berturut-turut berkata ia menjadi
semangat untuk terus berkarya.
“Dalam berkarya, harus ada keikhlasan kerana dengan cara itu
sesuatu lagu itu dapat sampai kepada peminat.
“Anugerah ini adalah suatu pemangkin semangat kepada komposer
seperti saya untuk terus berkarya,” katanya seperti dipetik majalah online.
Tahun sebelumnya, Edry
memecah monopoli M Nasir yang memegang rekod menerima royalti tertinggi selama
13 tahun.
Namun M. Nasir melalui
syarikatnya Luncai Emas masih mengekalkan kemenangan menerusi anugerah penerbit
tempatan dengan pendapatan terbanyak.
Habsah, yang juga pengerusi MACP, menerima anugerah penulis lirik
dengan pendapatan terbanyak.
Anugerah MACP diberikan sebagai penghargaan kepada penggiat seni
yang banyak menyumbang karya untuk perkembangan industri seni negara.
Hasil royalti penggiat seni yang berdaftar dengan badan ini
dikutip daripada persembahan muzik di radio, TV, konsert, majlis makan malam,
pusat beli-belah dan organisasi lain.
Saari Amri:
Sementara itu komposer terkenal Saari Amri pula berkata, tidak
timbul isu bahawa beliau dipinggirkan oleh mana-mana pihak.
Katanya baru-baru ini: “Saya tak kisah. Saya tak terbitkan album
kini pun tapi saya dah banyak buat lagu.
” Hampir 600 buah lagu ciptaan saya dalam pasaran. Royalti dari
lagu-lagu itu cukup untuk menampung saya. Setahun adalah $ 200 ribu Ringgit
Malaysia. Itulah I tukar kereta setiap tahun. Mercedes dan lain-lain.
” Orang hairan I tak bekerja tapi kereta bertukar-tukar.I cuma
kata dulu I bekerja kuat, now I nak rilek saja.”
Bapa kepada empat orang anak itu tidak menafikan, lumrah
kehidupan. Bila senang ramai yang mendekatinya untuk meminjam duit.
Tidak kurang pula yang meminta Saari menjadi penjamin sehinggakan
nama Saari Amri pernah disenaraihitamkan oleh pihak bank apabila
“sahabat-sahabat” itu menghilangkan diri sehingga kini.
“Orang industri berhutang dengan I beratus ribu pun tak bayar.
Rakan-rakan I ada yang nak pergi pukul orang ini tapi I kata jangan’ kongsinya.
SAARI DAKWA DIRINYA “DISANTAU”
Apabila ditanya BERITA Mediacorp mengenai pengalaman beliau
terlibat dalam kemalangan ngeri menaiki motorsikal yang hampir-hampir meragut
nyawanya pada tahun 1996 dulu sehingga beliau mengalami “darah beku pada
keseluruhan badan beliau”, komposer itu mendakwa beliau “disantau” sebelum
kemalangan tersebut menimpanya.
“Seminggu sebelum kemalangan, I dah muntah-muntah darah. Dulu I tak percaya benda ni. I pergi hospital doktor kata I sihat. Doktor pun tak percaya. Pada malamnya sehari sebelum kemalangan, I nampak tengkorak. Keesokan harinya bila I bawak motosikal, I tak nampak betul,” kata Saari.
“Seminggu sebelum kemalangan, I dah muntah-muntah darah. Dulu I tak percaya benda ni. I pergi hospital doktor kata I sihat. Doktor pun tak percaya. Pada malamnya sehari sebelum kemalangan, I nampak tengkorak. Keesokan harinya bila I bawak motosikal, I tak nampak betul,” kata Saari.
Setelah beliau keluar dari hospital, beliau “berubat” dan
diberitahu beliau disantau sebenarnya.
Tambah Saari terus membuka cerita: “I ada keluarga. Kalau I bujang
I dah beli pedang nak balas balik orang tu. Nasib baik I ada kawan yang pujuk I
ketika itu.
Risiko bisnes telco tidak laku???
Salamfone menamatkan perkhidmatannya!
Diterbitkan pada Ogos 1,
2013 oleh Aman.
Pada tahun 2011, Salamfone telah dilancarkan di
Malaysia, dengan hadir sebagai syarikat telekomunikasi berlandaskan
syariah. Namun, setelah beberapa tahun beroperasi, kini nampaknya ia tidak
begitu berjaya, dan mengumumkan penamatan perkhidmatan mereka serta-merta.
Melalui laman
web rasmi mereka, Salamfone mengatakan pelbagai usaha telah diambil
untuk mengaktifkan perkhidmatan mereka, tetapi gagal untuk melakukannya.
Memetik kepada salah satu komen daripada Arie Sham di halaman
Facebook rasmi Salamfone, ia dikatakan ia dihentikan kerana gagal
mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh pihak Maxis dan juga Salamfone
pada awalnya. Untuk makluman, Salamfone menawarkan perkhidmatan mereka dengan
menumpang melalui rangkaian Maxis.
Perkhidmatan Salamfone dihentikan
oleh Maxis hanya kerana Salamfone tidak mencapai objektif jualan yg telah
dipersetujui oleh Maxis dan Salamfone pada tahun pertama dan kedua mereka
beroperasi. Dan segala jalan penyelesaian pada waktu itu gagal dicapai kerana
beberapa sebab yg tidak boleh didedahkan.
Sebagai alternatif, pihak Salamfone
meminta pengguna mereka berpindah ke perkhidmatan lain secepat mungkin, dan
mereka akan membantu dalam proses MNP ke syarikat telekomunikasi baru. Bagi
mereka yang mempunyai baki kredit pada talian mereka, boleh melakukan aduan
melalui saluran rasmi Salamfone (aduan@salamfone.com).
Alasan penamatan : Gagal sasar jumlah pelanggan dalam
tempoh dua tahun
Anda tidak cukup teruk selagi belum melalui penderitaan Dato Vida
DATO’VIDA
Disebalik Kisah Kejayaan Pengasas QU PUTEH Yang
Ramai Orang Belum Tahu
Dikenali
seluruh Malaysia dengan tagline, 'Qu Puteh, Barulah Putih!', ikuti temubual
Hasmiza bersama wartawan Malaysia Gazette yang bakal menceritakan kisah
kejayaan beliau.
Jangkaan
mengenai personaliti wanita ini yang kurang peramah agak tersasar jauh.
Ditambah
pula dalam gemerlapan populariti yang dilimpahinya bukan sedikit, Datuk Seri
Dr. Hasmiza Othman melangkaui apa yang disangkakan pada awal pertemuan.
Sebelum
ini, nama wanita berusia 43 tahun ini asyik disebut-sebut. Gara-gara melabur
RM3 juta untuk menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), impak produknya, Qu
Puteh menjadi fenomena yang luar biasa.
Hasmiza
yang popular dengan gelaran Datuk Vida itu tidak dapat lari daripada menjadi
kutukan segelintir masyarakat apabila dia dituduh gila glamor apabila mengiklan
diri dan produknya secara berlebihan ketika siaran langsung AJL29.
Apatah
lagi dengan tanggapan suka menunjukkan kemewahan barang kemas dan baju mahal,
Ketua Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn. Bhd. ibarat tidak bernyawa apabila
diserang dari kanan dan kiri.
"Memang
susah buat saya kerana gaya hidup saya sangat bertentangan dengan anggapan
orang ramai dan apa yang mereka lihat di kaca tv.
"Saya
sebenarnya seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Saya bukan suka
sangat nak pakai baju manik merlip dan muncul dengan penampilan sebegitu.
"Semuanya
saya lakukan kerana identiti untuk produk saya dipromosi. Saya kena ada
kelainan penampilan, baru orang ingat jenama produk saya," katanya
tersenyum manis.
Kata
ibu kepada empat anak ini, dia sebenarnya tidak kisah untuk membeli apa jua
barang walaupun tidak berjenama asalkan ia nampak cantik dan sedap mata
memandang.
"Saya
juga jenis tidak kisah makan di mana-mana. Gerai bawah pokok saya pergi
hari-hari kalau sudah sedap. Pernah saya ketagih sangat dengan nasi vanggey.
"Buat
apa nak malu. Saya pun tidak obses dengan kereta sport mewah. Cukup sebuah
kereta yang selesa untuk saya berjalan jauh dan dapat berehat dan tidur
sekejap," katanya bersungguh-sungguh dalam nada yang penuh teruja ketika
ditemui ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Menyambung
perbualan yang semakin rancak, Hasmiza memberitahu kesukaran hidupnya melalui
pelbagai pahit getir untuk berada pada tahap hari ini mengajarnya untuk tidak
meninggi diri.
Wanita
kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada
sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
"Saya
dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari
situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.
"Saya
pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit
itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
"Ini
kerana saya selalu fikir saya bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah
menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah
zaman persekolahannya.
Jelasnya,
lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara
kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal dalam keluarga itu,
harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu
melambung kepada RM150,000.
"Tapi baru tahun pertama saya
sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya
mula berfikir kena cari duit saku.
"Saya mula jual macam-macam
kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan
macam-macam barang lagi dari Kelantan.
"Pernah waktu cuti semester,
saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky
Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung
kos pelajarannya.
Sebagai pemegang Sarjana Muda
Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi
pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
"Orang cakap kalau jadi cikgu
tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau
tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu
sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh," katanya
rancak bercerita.
Seterusnya, akibat jiwanya
memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan
salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula membuat
pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi
rawatan wajah.
Apatah
lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari
luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk
kecantikan sendiri secara kecilan.
Seterusnya,
rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam
kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MVLK).
Mendapat
wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk
mempromosi produknya itu.
Namun
akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk
langsung tidak mendapat sambutan.
"Rasanya
sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab
itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv
kena ikut cara saya.
"Saya
yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya
saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu
taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
"Dan
Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan
melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk
kepada stokis secara kuota," katanya serius.
Vida
Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan
Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh
tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan
minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk
yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan
sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di
bandar Ipoh.
Apabila
ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas
namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.
Katanya,
dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami
masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
"Sebanyak
98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya
gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang
tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
"Selain
itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan
mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya
yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya
menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.
Emosi
sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15
tahun bergelar usahawan berjaya.
Wanita
ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang
meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih
menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap
Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua
lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan
tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke
hari ini.
Bercerita
mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
"Dua
arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa
nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat
mereka tidur.
"Namun
saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya
terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya
di akhirat nanti," katanya sayu.katanya sayu.
Di
akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi
pengalaman bergelar ibu tunggal.
Berkahwin
kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah
wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.
Kurang
selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza
bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari
tahun lalu.
Derita
yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas
tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.
Barangkali
air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung
derita sebelum berada di puncak pada hari.
Justeru,
kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan
kudis buat dirinya.
"Saya
cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang
bernasib baik.
"Kehilangan
dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah
yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang
melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya.
Kisah Mazelan Abas sebelum buat bisnes Tone Excel / Tone Wow kemudiannya
Perkongsian Sifu Mazelan Abas diambil dari blog beliau.
Nama saya Mazelan Abas, disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua bagaimana saya mula menyertai program Tone Excel ini.
Waktu itu, saya sudah tidak bekerja lagi. Pada tahun 2007, ketika itu umur dah masuk 40-an. Saya seperti kebanyakkan rakan2 diluar sana. Mula fikir banyak perkara. Sudah begitu lama bekerja, gaji sudah sampai tahap tepu, dah tak mahu naik2 lagi, kalau naik pun ada la dalam 100-300 setahun. Itu pun kalau nasib baik. Lihat pula di bank, dah berpuluh tahun bekerja, tapi tiada duit simpanan, hanya nak mengharapkan KWSP sahaja, itu pun kena tunggu bila bersara baru boleh ambil.
Kerja kilang ini menuntut komitmen yang tinggi rakan2 semua. Pergi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun matahari dah tiada. Begitulah kehidupan saya selama berpuluh tahun. Walau pun sudah berpuluh tahun bekerja, tetap tiada duit simpanan, jangan kata berangan nak kaya, berangan nak pakai kereta besar sikit pun tak layak tuan. Loan rumah sampai 30 tahun, loan kereta, ambil yang paling lama, 9 tahun rasanya. Adus, macamana nak menghadapi bila anak-anak dah besar dan mula masuk ke kolej atau universiti.
Isteri kadang-kadang sindir, bila la nak ada gelang dengan rantai cantek, teringin juga macam orang lain. Saya terpaksa memekakkan telinga aje.
Bila lihat orang disekeliling, mula rasa kecut perut, ada yang sudah pencen tapi terpaksa sambung kerja, ada yang baru dapat duit EPF tak sampai setahun, duit habis dan sambung kerja semula. Ada yang bawak teksi, ada yang buka restoran atau kedai kopi, ada yang kerja kampung, toreh getah, potong kelapa sawit, ada yang jadi broker, ada yang jadi agen itu dan ini, ada yang mula cari skim cepat kaya, bisnes MLM yang cepat untung. Ada yang terpaksa hidup dalam kekurangan hanya makan duit pencen sahaja, nak kerja semula badan dah tak mampu nak menanggung lagi. Sepatutnya bila dah masuk usia 40-an, sepatutnya duit simpanan dah banyak, sebab dah berpuluh tahun kita bekerja, sepatutnya sekarang dah boleh berhenti kerja, dah boleh menghabiskan usia senja untuk berehat dan menikmati kehidupan berkeluarga. Sudah terlalu lama kita berpisah dengan isteri, sehari berapa jam sangat kita bersama dia, bersama anak2, tak lama lagi mula nak bercucu. Tapi ramai yang tidak boleh menikmati semua itu. Dan saya tidak mahu bekerja sampai mati dan saya tak mahu 'terpaksa' kerja sampai mati.
Satu lagi, saya lihat ramai orang ingin menyelesaikan masalah tak cukup duit dengan berjimat. Saya lihat rakan2 saya, sanak saudara saya, jiran2 saya, ramai diantara mereka sering kesempitan wang dalam keadaan mereka berjimat. Saya pakai minyak kereta yang jenis 95 je, jimat. Saya pakai talian jenis ini, calling rate dia murah, jimat. Kami sekeluarga makan beras jenis biasa je, jimat. Baru2 ni, anak saya pengsan dan biru badannya, kami hantar ke hospital kerajaan je, jimat. Anak2 saya pergi sekolah bawa bekal sendiri, tak payah bagi duit sekolah, jimat. Rumah kami tutup lampu awal, jimat. Naik sekolah tahun ini, anak2 saya pakai la barangan dua tahun lepas, elok lagi apa, jimat. Raya tahun ni, langsir tak tukar, pakai mana yang ada, jimat.
Akhirnya saya juga terpengaruh dan mempunyai pemikiran yang serupa, untuk meningkatkan keberkesanan dalam hidup adalah dengan berjimat. Untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah dengan berjimat. Tetapi akhirnya saya sedar, saya hidup dalam penipuan, alasan berjimat yang saya gunakan selama ini, hanyalah semata-mata untuk menutup kelemahan saya sebagai seorang bapa daripada memberikan sesuatu yang terbaik pada keluarga saya sendiri. Kalau dah anak pengsan, confirm kena serangan jantung berlubang, saya bawa dia ke hospital kerajaan, terpaksa beratur panjang kerana ramai orang yang perlukan perhatian juga, dan anak saya memerlukan rawatan segera, dimana kita tahu dihospital kerajaan, perkhidmatan sedemikian tidak mampu diberikan, kerana pasti ramai orang lain atau pesakit yang berada disitu. Saya sebagai bapa hati bergolak minta tolong supaya anak ini diberikan perhatian segera, dan saya pula katakan yang saya hantar anak kesini kerana nak berjimat. Saya adalah penipu besar kepada diri saya sendiri tuan, saya bukan nak berjimat, SAYA TAK ADA DUIT nak hantar anak saya ke hospital swasta. Saya TAK ADA DUIT untuk beri perubatan terbaik untuk anak saya.
Saya berjimat bukan untuk kebaikkan, sebenarnya saya sedang berbohong. Saya berjimat kerana saya memang tak ada duit. Itu yang benarnya.
Mulai saat itu, saya bertekad untuk berubah pemikiran,
"Untuk menyelesaikan masalah yang selalu tak cukup duit adalah bukan dengan berjimat, tetapi dengan mendapatkan lebih banyak duit dan menguruskan duit dengan berhemah."
Sekarang saya mesti cari duit lebih, cari bisnes sampingan, yang tak perlu keluar modal yang besar, sebab saya tak ada simpanan duit yang banyak, tetapi sekarang saya ada simpanan semangat untuk berubah yang banyak, tenaga yang banyak, masa yang akan saya perah dan cari ruang untuk menjadi banyak.
Sehinggalah pada bulan 27hb Julai 2010, abang Ishak (Upline saya) memperkenalkan program buat duit dengan handphone daripada ToneExcel dengan menggunakan line dari TuneTalk kepada saya. Saya pun terus menyertainya, waktu itu modal hanya RM70 sahaja untuk membeli sekeping simkad ToneExcel (Sekarang sekepeing RM90). Saya hanya fikir ketika itu, yang saya memang menggunakan handphone, bukan satu produk yang baru, kedua modal ketika itu hanya RM70, mana ada bisnes yang hanya memerlukan modal bawah RM100 ni. Nak buka kedai burger pun paling2 takda mau makan dua tiga ribu jugak. Jadi saya kata ini peluang terbaik saya nak babitkan diri dalam bisnes telekomunikasi. Kalau dia tak untung, tak mungkin Tony Fernendes yang dah ada banyak kapal terbang pun masih dan terbabit dalam TuneTalk, mana boleh Anandan Krisnen jadi salah seorang terkaya di Malaysia, mana boleh Carlos Slim Helu boleh jadi orang terkaya di dunia. Saya bulatkan tekad, ini adalah peluang terakhir yang datang dalam hidup saya untuk saya mengubah terus kehidupan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak jadi apa, jadilah. Membujur lalu, melintang patah. Ini peluang terbesar dan terakhir dalam hidup saya.
- Saya tekad, tak mahu hidup susah lagi.
- Saya tekad tak mahu lagi, tengah2 bawak kereta, kena tahan, lepas tu kereta kena tarik depan rumah sendiri.
- Saya tekad tak mahu lagi, bila nak raya, bila anak naik sekolah pening sana sini nak cari duit.
- Saya tekad tak mahu lagi, bila dengar anak nak kena operate pasal jantung berlubang, jantung bapak berlubang dulu, sebab fikir mana nak cari duit.
- Saya tekad tak mahu lagi, meminjam sana-sana menagih simpati untuk meneruskan kehidupan.
- Saya tekad tak mahu lagi, hanya tengok orang lain menikmati nikmat yang diturunkan di bumi ini hanya dinikmati oleh orang tertentu sahaja, sedangkan dia dilahirkan sama sifatnya dengan saya.
- Saya tekad tak mahu lagi, bila ibu bapa dipelihara oleh orang lain, seperti adik beradik yang lain, hanya disebabkan ketidak mampuan saya.
Saya beranggapan, jika setelah begitu banyak peluang dan bantuan yang sebegini besar telah Tuhan berikan kepada saya untuk mengubah terus kehidupan yang susah, tetapi saya masih susah juga, itu maknanya, saya memang berhak untuk hidup miskin, dan saya memang tidak layak untuk kaya. Teruskan kehidupan sekarang, buat apa yang sedang dibuat, kita dapat apa yang kita dapat. Kalau kita dapat miskin, maka itulah pilihan kita, hiduplah terus dalam kemiskinan sehingga kita mati.
Contohnya, jika ada seorang anak, ibubapanya berusaha bersungguh2 memberikannya pelajaran, mengantar dia kesekolah, mendidik dengan cara baik dan tegas, tetapi jika dia memilih untuk jadi penagih dadah tegar, hidup dalam kehinaan, bukan salah ibubapanya lagi, dia memang memilih kehidupan macam itu, dan dia memang layak untuk hidup dalam kehinaan atas pilihan dia sendiri. Ibubapanya memberi segala bantuan dan peluang, tetapi jika ia memilih kehinaan, ia memang berhak diatas kehinaan tersebut.
Tuhan telah beri saya peluang untuk hidup, Tuhan telah beri bantuan akal fikiran yang waras, Tuhan telah beri anggota badan yang cukup, Tuhan telah beri tenaga untuk bergerak, Tuhan telah turunkan ilmu di dunia ini, Tuhan telah lambakkan harta di dunia ini, jadi saya fikir jika saya masih dalam kemiskinan selepas umur 45 tahun, maka sebenarnya itu adalah pilihan saya, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi.
Ilmu terlalu banyak telah Tuhan turunkan, tunggu untuk kita nak grap sahaja. Ilmu boleh dipelajari dari buku, dari guru, dari internet, dari pembacaan, dari pengalaman dan dari kehidupan kita sendiri. Tapi ramai yang tidak berniat untuk belajar, sebab itu kita tak belajar belajar sampai bila2. Begitu juga dengan peluang, silih berganti ia datang, sebab peluang ini terlalu banyak, ada peluang yang bawa kebaikkan dan ada juga peluang yang membawa keburukkan, dan peluang yang terbaik hanya dapat dipilih dan dikenali oleh orang yang berilmu sahaja. Atau ikut macam saya, saya hanya ikut bersungguh2 saranan orang yang berilmu.
Selepas tarikh bermakna dalam hidup saya 27.7.2010, tarikh saya join ToneExcel ini, saya tidak menoleh kebelakang lagi rakan2 semua. Saya hanya bertindak secepat yang mungkin terhadap peluang yang terhidang ini dan setelah empat tahun dalam ToneExcel, saya telah mencapai sesuatu yang saya sendiri tidak pernah terfikir akan mencapainya satu ketika dahulu.
Cuba amirul fikir, apa yang akan berlaku, jika anda tidak perlu pergi kerja seperti biasa lagi, pergi pagi balik petang, tidak perlu kerja 5 atau 6 hari seminggu, tetapi setiap bulan, setiap 21hb, saya ulang lagi, setiap 21hb, ToneExcel bankkan duit kedalam akaun anda sebanyak RM400,000.00 atau RM500,000.00. Agak2 apa akan jadi dengan kehidupan anda...
Apa yang sedang amirul bayangkan itu, saya sedang melaluinya dan sedang menikmatinya ketika ini.. Dan perkara itu saya capai dengan modal bawah RM100, melalui peluang yang sampai kepada saya dari Abang Ishak dalam Program ToneExcel.
Peringatan untuk saya dan semua.
Bertindak secepat mungkin dengan fikiran yang waras terhadap sesuatu peluang yang baik, akan menghasilkan sesuatu yang tidak masuk akal.
Sampai jumpa lagi.
Daripada.
Mazelan Abas.
Langgan:
Catatan (Atom)