Jumaat, 8 Februari 2019

4 Jenis Pengurusan Masa

4 jenis pengurusan masa:

1. Penting dan segera.
Banyak orang lulus dalam kategori ini. Selalunya kita dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Contoh ketua pejabat meminta kita menyerahkan laporan kerja pada pukul 2 ptg ini atau pukul 10 pagi esok.

2. Penting tetapi tidak segera.
Banyak orang gagal di kategori ini. Contoh menghadiri kursus utk mempertingkatkan kemahiran profesional diri, melakukan senaman & diet, menyimpan wang untuk tabung persaraan atau tabung kecemasan atau tabung percutian atau tabung persekolahan anak. Perhatian dan kejayaan melaksanakan tugas di kategori ini yg membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Melakukan tugas di kategori ini perlukan ketegasan. Tindakan yang mesti dibuat adalah menyegerakan perkara yang tidak segera ini kerana kepentingannya. Ia akan mengelakkan pengangguran masa. Inilah juga yang akan mendisiplinkan hidup kita.

3. Segera tetapi tidak penting.
Contohnya kita diajak menghadiri satu pertemuan, diminta beri ceramah atau menemani seseorang pergi membeli belah.

4. Tidak segera dan tidak penting.
Kerja atau aktiviti di kuadran ini lebih tepat dinamaksn kerja menyibuk atau pinggiran.

Tips dalam pengurusan masa:
1. Kenal pasti *prime time* dan masa-masa penat anda. Buat perkara penting masa prime time anda dan buat perkara kurang penting masa penat anda.

2. Kesan musuh bagi masa anda.
Musuh kepada masa anda berpunca daripada diri sendiri atau orang lain. Kaji apakah yg selalu membunuh masa anda seperti melayani tetamu tidak diundang, tidur atau rehat yg tidak perlu. Di sini kita melatih diri berkata tidak kpd perkara kurang penting.

3. Tetapkan suatu jangka masa yang sesuai pada sesuatu kerja.
Bagi membatasi masa perbualan telefon, senaraikan perkara yg hendak diperkatakan  dahulu. Begitu juga dgn pertemuan atau mesyuarat, tentukan had masa.

4. Buat checklist pada penggunaan masa.
Buat seperti checklist shopping supaya mengelak pembaziran wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan