Isnin, 11 Februari 2019

5/10 Rahsia menjadi usahawan berjaya

10 Rahsia Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Sep 16, 2014

Rata-rata usahawan yang berjaya, apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka akan menyenaraikan senarai rahsia yang hampir sama. Artikel ini akan menyenarai pendekkan rahsia-rahsia tersebut untuk anda.
1.   Memasang niat yang betul
2.   Tidak mudah berputus asa
3.   Berani mengambil risiko
4.   Mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi – ilmu dan kemahiran yang mencukupi
5.   Mempunyai kemahiran berkomunikasi
6.   Mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan
7.   Mempunyai misi dan visi yang jauh ke hadapan
8.   Mempunyai fikiran yang sentiasa positif
9.   Mempunyai sifat yang sentiasa rendah diri dan sentiasa ingin belajar
10.         Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang sedia ada dan mempunyai keghairahan untuk menggandakannya.
Dari 10 perkara dalam senarai ini, cuba kita bandingkan dengan ciri-ciri yang telah ada dalam diri kita atau pasukan kita. Jadikan senarai ini sebagai satu ‘quick checklist’ bagi memudahkan kita mengesan apa yang masih kurang dan boleh dipertambah-baik.
Huraian.
Bagi yang suka membaca huraian ringkas untuk 10 rahsia di atas, saya kongsikan di bawah.
Memasang Niat Yang Betul.
Niatlah berniaga untuk mencari dan mengharapkan keredhaan Allah SWT agar kerja yang  dilakukan menjadi ibadah. Semoga, kita terhindar daripada godaan penyelewengan duit keuntungan, duit rakan-kongsi atau rasuah kerana kita berniaga kerana Allah dan bukan duit semata-mata.
Niatlah agar sebahagian (10% lazimnya) dari keuntungan perniagaan itu disedekahkan kepada mereka yang memerlukan dan tingkatkan rasa nak bersedekah itu dengan menggauili kelompok ini.
Sebagai contoh, lawatilah rumah anak-anak yatim yang daif. Lihatlah cara mereka jalani aktiviti harian sepanjang hari. Bermesra dengan mereka dan selami perasaan mereka. Kita akan terasa betapa tulusnya hati-hati ini.
Dan kita insya-Allah akan lebih terasa betapa banyaknya Allah memberi rezeki dan kemampuan kepada kita dan betapa itu adalah amanah daripada Allah untuk kita salurkan kepada mereka jua. Tak perlu banyak pun, cukuplah 10% setiap bulan untuk mereka.
Jangan pasang niat berniaga untuk jatuhkan orang lain atau ingin tunjukkan yang diri kita ni adalah yang terhebat. Niat-niat sebegini yang selalu membawa para usahawan ke lembah kegagalan yang hina dan memalukan.
Tidak mudah berputus asa dan mempunyai daya tahan yang cekal.
Adat dalam perniagaan, ada untung ruginya. Dunia berniaga dah tak sama dengan dunia makan gaji. Dunia berniaga ada ‘uncertainty’ nya.
Jadi, adalah penting untuk para peniaga dan pengusaha untuk mempunyai sifat tidak mudah melatah apabila perniagaannya rugi. Jangan cepat berputus asa. Ingat, terlalu banyak perkara sudah di korbankan di awalnya (modal perniagaan, masa dan kudrat).
Sentiasa ada sifat “Try and Adjust”. Jangan “Try and error”.
Try and error, jika gagal kita cuba cara baru atau buka bisnes baru. Jangan buat cara ini. Ini lah yang lazimnya dilakukan oleh peniaga kita. Asal rugi sikit, tukar bisnes lain. Lama-kelamaan, habis duit modal di tangan.
Sebaiknya, amalkan Try and Adjust. Dalam try and adjust, apabila gagal, kita ubah sedikit caranya agar kerugian dapat dikurangkan atau keuntungan ditingkatkan. Dalam proses try and adjust ini lah, kita akan “fine tune” cara operasi bisnes kita. Insya-Allah kita akan jumpa cara optimum dan lazimnya cara inilah yang merupakan rahsia bisnes kita.
Kecekalan menghadapi kerugian juga lebih mudah dimiliki sekiranya kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi kerugian untuk dalam tempoh beberapa bulan. Kita boleh menyediakan duit ‘penimbal’ atau ‘buffer’ dengan meletakkan sejumlah duit dari modal awal kita ataupun mengasingkan sedikit duit keuntungan dari bulan-bulan sebelumnya.
Justeru, apabila kita mengalami kerugian pada bulan ini, kita tidak cepat menggalabah kerana duit simpanan kita dalam penimbal cukup untuk memastikan kelansungan hidup dan perniagaan kita. Dengan cara ini juga, kita menjadi lebih berani untuk mencuba kaedah dan saluran baru dalam perniagaan dan pengusahaan kita. Inovasi adalah elemen penting dalam apa jua keusahawanan.

Berani Mengambil Risiko
Risiko adalah sahabat baik usahawan dan peniaga. Kita kena kenal dan tahu risiko yang bakal dihadapi dan bersedia untuk menguruskan risiko ini. Pendek kata, kalau kita nak jadi usahawan, menghadapi risiko adalah sesuatu yang tidak dapat di elakkan.
Dalam keusahawan, kita mesti mempunyai daya inovasi yang tinggi. Kita tidak boleh kekal dengan cara dan kaedah yang sama. Apatah lagi sekiranya bidang keusahawan kita berteraskan I.T dan kejuruteraan. Teknologi berubah pantas dan kita WAJIB seiring dengan peralihan teknologi.
Untuk mempunyai teknik yang lebih efektif dan efisyen, kita mungkin perlu bereksperimen dengan teknik dan teknologi baru. Adakalanya, teknik dan teknologi baru ini mempunyai impak negatif kepada produksi dan pemasaran produk. Kita mungkin mengalami sedikit kerugian apabila hal ini berlaku.
Tetapi kita tidak boleh takut untuk bereksperimen sebab sekiranya perkara sebaliknya berlaku, teknik baru ini akan meningkatkan keuntungan kita. Mungkin melalui daya penghasilan yang lebih kos efektif atau mewujudkan peluang untuk menghasilkan produk yang lebih maju – jauh meninggalkan pesaing.
Justeru, kita perlu tahu bagaimana untuk menguruskan risiko ini. Secara asasnya, kita kena lakukan kajian dan simulasi sebelum kita bereksperimen. Analisa keputusan kajian dan simulasi. Sekiranya hasil kajian dan simulasi menjuruskan kepada hasil yang positif maka kita perlu timbang-tara untuk mengaplikasikan teknik ini dalam skop yang kecil di perniagaan kita.
Mempunyai Kepakaran Dalam Bidang Yang Diceburi
Kepakaran adalah mempunyai ilmu dan kemahiran yang cukup di dalam sesuatu bidang.
Ilmu penting untuk memastikan kefahaman yang lengkap terhadap usaha yang dilakukan. Justeru, inovasi dan penambahbaikkan terhadap produk dan servis sentiasa dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Kalau tidak, kita akan ditinggalkan pesaing.
Kemahiran pula penting dalam memastikan kualiti hasil akhir produk atau servis dan kecepatan menghasilkan produk. Tanpa kemahiran yang cukup, ilmu yang ada hanyalah teori yang bermain di minda. Teori tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk duit dalam dunia keusahawan.
Kekurangan kemahiran juga akan menyebabkan kos operasi meningkat. Satu-satu kerja dilukakan dalam tempoh masa yang lama. Kerja baik pulih pula mungkin terpaksa dilakukan sebab kerja yang pertamakali dilakukan tidak sempurna. Malah, imej syarikat juga mungkin terjejas sekiranya pelanggan tidak puas hati terhadap produk yang dibeli.
Jadi, amat jelas ilmu dan kemahiran yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ilmu yang dalam dan kemahiran yang tinggi ini dikenali sebagai kepakaran.
Kepakaran amat diperlukan untuk:
·         menghasilkan produk yang lebih hebat dari pesaing
·         memastikan kita tidak ditinggalkan pesaing
·         memastikan kos operasi adalah serendah mungkin
·         memastikan hasil akhir produk atau servis mempunyai kualiti yang disasarkan
·         membolehkan inovasi-inovasi baru diwujudkan
·         membolehkan kita mengubah-suai produk yang sedia ada mengikut kehendak pasaran (wujudkan ‘unique selling point’)
·         membolehkan model perniagaan kita berkembang dengan mudah (good scalability)
Jangan sesekali menceburkan diri dalam apa jua bidang keusahawan dan perniagaan tanpa ilmu yang cukup. Kita kena ingat, pesaing-pesaing kita sudah lama dalam bidang ini. Pengalaman dan sepak terajang dalam bidang ini sudah pun mereka lalui. Ilmu di dada mereka juga mungkin sudah tinggi.
Jadi, apakah persediaan kita untuk bersaing dengan mereka kalau bukan dengan ilmu yang lebih tinggi dari mereka? Tidak lain dan tidak bukan adalah KEPAKARAN kita.
Tak percaya? Cuba bandingkan antara dua tukang masak ini.
Ali, seorang chef hotel 5 bintang dalam masakan barat. Ada 5 tahun pengalaman. Naik dari bawah dan kini merupakan ketua chef. Mempunyai pendidikan masakan barat di Perancis dan merupakan pelajar terbaik di sana. Seorang yang amat ghairah dengan masakkan barat.
Abu, seorang tukang masak di pelbagai kedai makan sekitar Subang. Pengalaman masak apa jua jenis juadah dan masakan (ikut kehendak pemilik kedai) selama 20 tahun. Tiada pendidikan rasmi dalam bidang memasak. Diperoleh melalui perkongsian rakan-rakan, cuba jaya dan buku resepi.
Sekiranya Ali dan Abu ingin berhenti kerja dan membuka restoran makanan barat mereka sendiri, agak-agak restoran mana yang mampu menyediakan makanan barat yang lebih sedap dan istimewa?
PS : Makanan barat adalah makanan yang dilihat sebagai makanan premium di Malaysia yang mana rasa dan keenakannya mesti setimpal dengan harga yang diminta. Kualiti rasa adalah faktor penting kejayaan restoran tersebut.
To be continued…Stay tune!
Huraian untuk rahsia ke-5 hingga ke-10 akan disambung dalam entri yang lain..
Sumber: Blog di internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan