Beza Pemasaran dan Jualan
Pemasaran adalah strategi untuk
memberitahu orang tentang bisnes atau produk kita. Dalam pemasaran, ada banyak
strategi dan teori. Jualan pula adalah taktik untuk mendapatkan pelanggan.
Dengan pemasaran, jualan akan
terhasil. Tanpa pemasaran, tiada jualan. Ia ibarat isi dengan kuku, yakni
saling memerlukan. Dalam pemasaran, antara perkara penting adalah perihal
mengkaji sasaran pelanggan, menawarkan sesuatu mengikut keperluan pelanggan dan
mengkaji keberkesanan jualan.
Jualan Berlaku Apabila Strategi
Pemasaran Betul
“Marketing: Giving the right people the right message with the right
offer at the right time.” – Matt Bailey
Apabila kita memberitahu kepada orang
yang betul mesej yang betul dengan tawaran yang betul pada masa yang betul,
pemasaran akan mudah berlaku.
Jual Kepada Pelanggan Yang Lapar
Term lain adalah, starving crowd
iaitu pelanggan yang lapar dengan produk atau servis kita.
Ada suatu perbualan,
“Bagaimana saya boleh menjual 100
burger berharga premium?”
Ada orang akan jawab, burger yang
sedap, roti yang gebu dan daging yang sedap. Jawapan yang diberikan adalah,
“Saya hanya perlukan 100 pelanggan
yang lapar.”
Ia bermaksud apabila kita dapat
menjual burger berharga premium kepada orang yang lapar, pelanggan akan tetap
sanggup membayar mahal kerana mereka perlukan makanan itu – lapar.
Begitulah pentingnya melakukan
aktiviti pemasaran dengan strategi yang betul.
Tempat Yang Betul
Sebagai contoh, kita mahu membuka
restoran nasi arab yang bernilai RM15 tiap set di kawasan rumah setinggan.
Pasti, ia adalah sesuatu yang tidak bijak kerana orang yang tinggal di flat
mempunyai pendapatan yang rendah.
Sebaiknya restoran nasi arab yang
berharga premium dibuka di tempat golongan elit yang berduit. Dengan itu,
barulah dikatakan pelanggan dan tempat yang betul.
Mesej Yang Betul
Headline adalah perkara yang kritikal
dalam penulisan iklan. Ia bertujuan untuk menarik pelanggan mendekati iklan
kita. Apabila kita menggunakan headline yang betul kepada pelanggan yang betul
di tempat yang betul, dengan itu lebih mudah untuk mereka tertarik kepada iklan
kita.
Cara untuk mendapatkan mesej yang
betul adalah dengan mengkaji demografik, taraf hidup pelanggan kita. Sasarkan
pelanggan kemudian kaji masalah mereka.
Menjual susu kambing untuk semua
lapisan masyarakat adalah skop yang besar. Apabila kita sasarkan segmen
pelanggan, kita tidak perlu berebut dan akan lebih mudah membina iklan daripada
segmen pelanggan yang lebih kecil.
Susu kambing untuk wanita bekerjaya
adalah antara pengkhususan yang boleh kita lakukan. Wanita berkerjaya tidak
begitu berkira soal wang. Mereka memerlukan makanan tambahan untuk memastikan
mereka sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja. Cara di atas antara cara
mengkaji pelanggan dan mengkhususkan segmen pelanggan.
Masa Yang Tepat
Ketahui masa terbaik untuk iklankan
produk atau servis kita. Iklan jenama Yusuf Taiyoob kebiasaannya akan keluar di
tv ketika hampir dan pada bulan Ramadhan. Oleh sebab, kebiasaannya dalam bulan
Ramadhan, kita akan berbuka puasa dengan kurma.
Ia adalah salah satu kempen pemasaran
yang dilakukan pada masa yang tepat, di saat jualan kurma akan meningkat iaitu
pada bulan Ramadhan.
Andai kita adalah seorang agen
insurans, memilih waktu yang sesuai untuk menelefon pelanggan adalah antara
perkara penting yang perlu ditekankan. Menelefon pelanggan pada waktu kerja
adalah etika yang kurang disenangi kerana di saat itu mereka sibuk bekerja.
Justeru, penting memilih masa yang
tepat untuk berhubung dengan mereka.
Kredit: Blog Tim Majalah Niaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan